Monday, August 23, 2010

KURANGKAN GULA DALAM MASAKAN/MINUMAN

Mengikut satu Kajian, rakyat Malaysia mengambil gula secara purata sebanyak 250gm sehari sedangkan keperluan tubuh kita cukup sebanyak 50gm sahaja (Wow...5 kali ganda tu). Statistik juga menunjukkan pada tahun 1986, pesakit diabetes adalah 6% daripada jumlah penduduk Malaysia. Sekarang tahap peratus pesakit diabetes ialah 11% drp jumlah penduduk Malaysia. Manakala tahun 2020 dijangka kenaikan sehingga 14%. Sekiranya rakyat Malaysia tidak mengubah diet mereka dijangkakan jutaan rakyat Malaysia akan didiami oleh pesakit2 daibetes, darah tinggi, kolestrol dan jantung. Bayangkanlah saudara semua apa akan jadi kepada Masyarakat Malaysia


Ramai yang mungkin tidak perasan beras putih (dipanggil juga refined rice) yang mula digunakan sekitar 80 tahun lalu (sebelum itu masyarakat dunia menggunakan brown rice) menyumbang kepada obesiti (kegemukan) dan diabetes (kencing manis). Sebenarnya pengambilan nasi putih sebanyak secawan menyamai (secara chemical) 10 sudu teh gula. Pegambilan nasi (kalori 0) dari segi kesan metaboliknya samada dibakar atau disimpan sebagai lemak di dalam badan.










Buah-buahan amat digalakkan pengambilannya 30%
Sumber protein - 20% dlm sajian

Sumber Karbohidrat - 40% setiap sajian
Sumber Lemak - 10% per sajian

Sebagai perbandingan semangkuk epal (yang penuh dengan nutrien) yang yang dipotong menyamai 1.3 sudu teh gula. Sebab itulah hiraki pemakanan menggalakkan pengambilan sayuran dan buahan disebabkan kandungan nutriennya yang tinggi dan paras gulanya yang rendah.
Pyramid Makanan
 
Nasihat saya (sebagaimana yang sedang dikempen oleh PPIM), kurangkan pengambilan nasi dalam kadar yang banyak (kena lawan/kekang nafsu juga satu perjuangan) dan kurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman kerana dalam nasi pun (sepinggan nasi sekali makan lebih kurang 3 cawan nasi=30 sudu teh gula??) sudah ada gula. Kalau boleh kita cuba kawal ke paras pengambilan gula sihat iaitu sekitar 50gm sehari.

No comments:

Post a Comment